
Berjalan bersama sahabat di ruang legar The Mall, kami berebut nak memastikan yang baby kecil di tepi meja tersenyum pada wajah empunya diri..ermm! Geleng kepala, pasti si kecil itu tersenyum melihat telatah kami pula.
'Dia' sukakan anak-anak kecil. Ya, bukan dia saja, ramai insan yang bernama lelaki, karibku di luar sana sukakan anak-anak kecil ini. Rasa bahagia bila dapat berbual tentang zaman kecil, remaja dan tentang anak-anak kecil di sekitar kami.
Aku dah lama diasuh menjadi pengasuh. Ya, bantu mak di rumah. Jiji, Nana dan Baby Nurul. Memang tak mudah untuk menjadi seorang ibu. Percayalah, tapi itulah yang sebetulnya manis. Melayan keletah anak-anak kecil sehari-hari adalah kepuasan nyata. Plan dah siap bila saja hari mula terang, menyambut mereka dalam pelukan. Mandi, makan, masak, main kejar-kejar, bercerita..penat jangan cerita.
Sungguh, bukan mudah nak mendidik. Apatah lagi bila dunia makin moden dan kanak-kanak membesar dengan teknologi dan hiburan.
Yang kecil pun dah kenal siapa Mawi, siapa Keifli..aduhh!! [berpusing-pusing Jiji nyanyi Nourel Ein yg pernah Mawi nyanyikan. Nana tak habis dengan prap!! trademark keifli]
Besar ya penangan hiburan pd dunia kanak-kanak kini?
Untung belajar psikologi. Terima kasih Tuhan atas kurniaan ini. Sekurangnya ilmu itu bisa aku praktiskan semasa menuai kasih pada Jiji, Nana dan Nurul. Rindunya untuk kembali ke rumah.
Ya, anak-anak ini cukup dahaga kasih sayang. Setiap perbuatan mereka minta dihargai. Apresiasi kita, orang dewasa sebenarnya akan membuat mereka rasa gembira dan ini kan membantu untuk meningkatkan self esteem dan percaya pada diri mereka. Yeap, motivasi itu: cara mendengar, melayan dan counter perlu dilakukan sebaiknya. Kita buat mereka berfikir, asuh, dan pimpin mereka sebaiknya.
Seperti yang aku bincangkan dengan Zahid, setiap manusia dari kecil hinggalah besar, punya potensi diri memasing. Lainnya ialah cara mana ia disalurkan. Jika salurnya ke arah baik, maka anak-anak itu akan membesar baik. Lazimlah jika nakal dan kedegilan itu ada, yang penting ialah pantauan dari orang dewasa.
Manusia itu kan terdidik dengan dua proses "nurture dan nature". Maksudnya dari suasana luar dan satu lagi dari cara didikan di rumah. Nah, memang tak dapatlah nak asingkan dunia kanak-kanak kini dengan apa yang ada di luar sana.
Mereka yang berjumpa dengan potensi sebenar manusia, pasti akan berjaya. Kerana setiap manusia itu berpotensi untuk menjadi baik dan berjaya.
Kembali pada cerita fitrah, kan? Bukankah setiap manusia itu fitrahnya baik. Ya, jika disalurkan selayaknya dan betul caranya, maka manusia bisa berjumpa dengan fitrah manusia yang cemerlang dalam kehidupan, percayalah.
So, ini bermula dari dunia anak-anak kecil itu tadi. Proses 'nature dan nurture' mereka seharusnya dipantau. Oleh siapa?? Oleh kitalah, kita yang dah dewasa ni. Setiap mak dan ayah perlu bantu anak-anak mereka untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman yang baik. Kelak, mereka tahu bagaimana nak menghadapi kehidupan.
Jika masa emas itu diguna sebaiknya, ini kan merapatkan hubungan kekeluargaan dan jatidiri anak pasti ampuh. Jika ada masalah, mereka kan kembali pada keluarga. Taklah nanti tersasar dan mendapatkan solusi yang akhirnya meranapakan masa depan mereka. Contoh terbaik?? Dadah..rokok..
Keakraban itulah yang akan membentuk jiwa berkasih sayang dalam jiwa anak-anak. Maka, bila dewasa kelak, mereka akan tahu menghargai dan mengasihi orang lain. In fact, mereka tahu yang mereka sedang membawa nama mak ayah mereka ke mana saja..
Bimbing mereka mendapatkan potensi diri yang baik. Galakan kita akan buat mereka percaya pada diri dan seterusnya, ini akan membantu mereka mendapatkan identiti yang hebat dan cemerlang. Allahu'alam.
1 comment:
kepala blog ini kosong. mengapa?
Post a Comment